Sabtu, 16 Januari 2016

Cinta.kasih.sayang

Cinta.
Kasih & Sayang.
Rindu.

Ketiga-tiga perasan ni adalah fitrah.

Fitrah semua orang yang bernama 'manusia' . ��

Fitrah ni sebenarnya salah satu cara untuk menguji 'kekuatan iman' kita, menguji 'keteguhan' kita 'melawan nafsu'.

Mengapa? Kerana,

Cinta.
Kasih & Sayang.
Rindu.

Pada hakikatnya adalah satu perasaan yang seringkali membuatkan manusia terjerumus ke dalam lembah kemaksiatan.

Hatta mereka yang beragama pun boleh menyalahgunakan fitrah ini menjadi fitnah.

Apatah lagi manusia yang kurang berpengatahun.

Bukanlah manusia kalau tiada perasaan fitrah ni.

Haiwan pun punya perasan kasih dan sayang, manusia yang berakal dan berotak apatah lagi, mesti ada.

Cuma,
Cuma,
Dan cuma,

Sejauh manakah kita 'menguruskan' perasaan ini?

Adakah berlandaskan syariat islam,
Atau berlandaskan orang barat?

Islam mengajar kita 'berdoa'.
Islam mengajar kita 'bersabar'.
Islam mengajar kita
'Jangan menghampiri zina'

Tetapi,

Orang barat mengajar untuk 'meluahkan pada si dia(ajnabi) '.
Orang barat
mengajar kita menjadi seorang 'ingin memiliki tanpa bersabar'.
Dan, orang barat
mengajar kita 'bercouple' .

Dan, hakikatnya. Ramai umat islam mengikuti cara barat, berbnding cara islam.

Wahai pemuda dan pemudi.

Zaman sekarang tidak seperti dulu.

Yang dulunya adalah sangat mundur dalam hal ini, tetapi sekarang sangat famous bab ni.

Pemuda,

Kamu adalah ketua.
Yang sepatutnya membimbing, bukan merosakkan.

Wahai pemudi,
Kamu adalah permata, jagalah diri , jagalah maruah.

Tidak salah jika jatuh hati.
Yang salah bila pemuda, dan pemudi bersama atau erti kata lain  bercouple tanpa ikatan yang sah. Tidak kiralah dating mahupun chat. Dua-dua salah.

-

Sebab tu, fitrah ni hadir sebagai menguji iman.

Kerana, kalau orang yang beriman, dia tidak akan sesekali menjadikan fitrah itu fitnah.

Malah, dia akan jadikan fitrah itu sebagai platform untuk dia be ibadah.
Cth, sentiasa berdoa untuk memelihara hati, beristighfar acap kali teringat, menundukkan panndangan , dll.

Kalau yang kurang ilmunya, mestilah dia akan jadikan 'fitrah' ni  sebagai platform untuk dia mengadu kasih. Sudah pasti, cara barat dia ikut.

Sangat berbeza bukan?

Bila cara barat diikut,
Hilanglah malu seorang wanita. Hilanglah seoarang ketua yg sepatut memimpin ��

Lihat lah diri kita, sejauh mana kita uruskan fitrah yg Allah anugerahkan ni.

Ingat, Syaitan itu lemah kalau kita kuat imannya.
Tetapi, syaitan itu kuat bila iman kita lemah.

Solat itu tonggak utama,asas sesuatu perkara. Jangan pernah tinggal !

Ayuh! Marilah ! Berjihad melawan nafsu ��

Wanita yang bersalawat kepada rasullulah saw

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ۞

"Diriku telah mendengar sebuah kisah yang telah disampaikan oleh seorang ulama Syria padaku.

Ulama itu menceritakan kepadaku....

"Seorang wanita telah datang kepadaku sambil menangis tanpa henti. Aku ingatkan mereka telah menyakitinya atau membunuh bapa dan anak-anaknya.

Sehinggalah dia berhenti menangis, dan aku pun bertanya. Kenapa kamu menangis?

Kemudian wanita itu menjawab "Sudah 3 hari berlalu tanpa aku melihat Rasulullah"

Jadi aku pun bertanya lagi "Jadi ini sebabnya kamu menangis?"

Wanita itu berkata "Ya sudah 3 malam diriku tidak berjumpa Rasulullah"

Aku pun bertanya lg "Jadi sebelum ini setiap malam kamu berjumpa Rasulullah?"

Wanita itu menjawab "Ya setiap malam aku berjumpa Rasulullah. Tapi ketika ini sudah 3 malam berlalu, aku tidak tahu bala apa yang menimpaku atau dosa apa yang telah aku lakukan. Aku bertaubat, aku menangis kerana hal ini"

Aku bertanya lagi "Berapa banyak kamu berselawat kepada Rasulullah setiap hari?"

Wanita itu menjawab "15,000 kali"

Wanita itu sudah biasa berselawat sehari 15,000 kali, kerana itu dia diizinkan oleh Allah untuk melihat Rasulullah setiap malam.

Kisah disampaikan oleh:

-Habib Umar
http://telegram.me/iloverasulullah

KEUTAMAAN-KEUTAMAN MENUNTUT ILMU

  KEUTAMAN MENUNTUT ILMU      Ilmu termasuk amal shalih yang paling utama bahkan merupakan ibadah yang paling utama dan paling mulia. Secara...