Sabtu, 16 Januari 2016

Cinta.kasih.sayang

Cinta.
Kasih & Sayang.
Rindu.

Ketiga-tiga perasan ni adalah fitrah.

Fitrah semua orang yang bernama 'manusia' . ��

Fitrah ni sebenarnya salah satu cara untuk menguji 'kekuatan iman' kita, menguji 'keteguhan' kita 'melawan nafsu'.

Mengapa? Kerana,

Cinta.
Kasih & Sayang.
Rindu.

Pada hakikatnya adalah satu perasaan yang seringkali membuatkan manusia terjerumus ke dalam lembah kemaksiatan.

Hatta mereka yang beragama pun boleh menyalahgunakan fitrah ini menjadi fitnah.

Apatah lagi manusia yang kurang berpengatahun.

Bukanlah manusia kalau tiada perasaan fitrah ni.

Haiwan pun punya perasan kasih dan sayang, manusia yang berakal dan berotak apatah lagi, mesti ada.

Cuma,
Cuma,
Dan cuma,

Sejauh manakah kita 'menguruskan' perasaan ini?

Adakah berlandaskan syariat islam,
Atau berlandaskan orang barat?

Islam mengajar kita 'berdoa'.
Islam mengajar kita 'bersabar'.
Islam mengajar kita
'Jangan menghampiri zina'

Tetapi,

Orang barat mengajar untuk 'meluahkan pada si dia(ajnabi) '.
Orang barat
mengajar kita menjadi seorang 'ingin memiliki tanpa bersabar'.
Dan, orang barat
mengajar kita 'bercouple' .

Dan, hakikatnya. Ramai umat islam mengikuti cara barat, berbnding cara islam.

Wahai pemuda dan pemudi.

Zaman sekarang tidak seperti dulu.

Yang dulunya adalah sangat mundur dalam hal ini, tetapi sekarang sangat famous bab ni.

Pemuda,

Kamu adalah ketua.
Yang sepatutnya membimbing, bukan merosakkan.

Wahai pemudi,
Kamu adalah permata, jagalah diri , jagalah maruah.

Tidak salah jika jatuh hati.
Yang salah bila pemuda, dan pemudi bersama atau erti kata lain  bercouple tanpa ikatan yang sah. Tidak kiralah dating mahupun chat. Dua-dua salah.

-

Sebab tu, fitrah ni hadir sebagai menguji iman.

Kerana, kalau orang yang beriman, dia tidak akan sesekali menjadikan fitrah itu fitnah.

Malah, dia akan jadikan fitrah itu sebagai platform untuk dia be ibadah.
Cth, sentiasa berdoa untuk memelihara hati, beristighfar acap kali teringat, menundukkan panndangan , dll.

Kalau yang kurang ilmunya, mestilah dia akan jadikan 'fitrah' ni  sebagai platform untuk dia mengadu kasih. Sudah pasti, cara barat dia ikut.

Sangat berbeza bukan?

Bila cara barat diikut,
Hilanglah malu seorang wanita. Hilanglah seoarang ketua yg sepatut memimpin ��

Lihat lah diri kita, sejauh mana kita uruskan fitrah yg Allah anugerahkan ni.

Ingat, Syaitan itu lemah kalau kita kuat imannya.
Tetapi, syaitan itu kuat bila iman kita lemah.

Solat itu tonggak utama,asas sesuatu perkara. Jangan pernah tinggal !

Ayuh! Marilah ! Berjihad melawan nafsu ��

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

KEUTAMAAN-KEUTAMAN MENUNTUT ILMU

  KEUTAMAN MENUNTUT ILMU      Ilmu termasuk amal shalih yang paling utama bahkan merupakan ibadah yang paling utama dan paling mulia. Secara...